Assalamualaikum,
Ada satu bunga yang amat cantik di pandangan mata, tumbuh mekar di taman yang penuh dengan onak dan duri. Ia amat teguh berdiri di situ walau banyak dugaan yang perlu ia hadapi dalam usaha ia untuk terus hidup. Namun, pada satu hari datanglah seekor kumbang yang memang mencari madu untuk terus hidup dan nampaklah ia akan bunga yang menawan itu. Lalu, pergilah ia kepada bunga itu dengan niat untuk menghisap madu itu, dan tanpa berfikir panjang, bunga itu membiarkan kumbang itu mengambil madunya tanpa mengetahui kumbang itu hanya berjanji manis semata-mata untuk madu bunga itu. Seusai sahaja kumbang itu mendapat madu itu, bergeraklah ia meninggalkan bunga itu keseorangan dan lesaplah kemanisan & kecantikan yang ada pada bunga itu. Hiduplah ia dgn penuh kekesalan & kesedihan.
Renung-renungkanlah, sahabatku...
Wassalam.